Monday, 18 April 2011

SEDANG AKU ASYIK DENGAN SENYUMAN

Sedang aku asyik dengan senyuman,
aku terpaut pada suatu sinar yang menyuluh di suatu sudut,
sudut yang penuh kedukaan, tapi kenapa ada sinar yang memancar,
adakah kerana ia pernah ada kesucian atau sebuah kenangan...


  ingin aku bertanya, tapi pada siapa?
  harus bagai mana?
pernah suatu ketika,aku ingin mencuba,tapi ternyata aku tiada terdaya..
perlukah aku tersenyum ketika duka,atau menangis ketika gembira?

1 comment:

  1. sinaran kenangan mencuit rasa,
    persoalan mendatangkan tanda tanya,
    apakah sudut ini masih tersemadi dihati,
    apakah memori disudut ini masih terpahat di kalbumu,
    atau segalanya telah luput di timbus memori baru..

    usah ditanya ''pada siapa''.. kamu tahu jawaoannya..
    usah ditanya bagai mana..
    kamu punya jawabanya..

    ReplyDelete